#JIA : Melaka Beca dan Rumah Merah

Tuesday, January 03, 2017

malam lepas balik dari MPO actually kami nak makan dekat kedai Asam Pedas Malinja. tapi tak ada rezeki kami. sebabnya kedai tutup. dan ira and ikhwan suggest untuk makan dekat Asam pedas Claypot dekat Kota Laksamana..ira ikhwan pernah study dekat melaka. sape pembaca setia sure tahu diorang study mana kan (bajet ramai pemabaca je😜😜😜)


dekat sini nak memang ramai sangat pengunjung tapi my personal opinion termasuk all family members.. kami prefer Asam Pedas Malinja Kg Masai Yang semalam tu..lebih terasa kick asam pedas die dekt sana. sini mungkin dah terlalu banyak dan nak masak serta serve agak cepat jadi rasanya agak kurang terasa.


untuk makan disini iqa nasihatkan jangan lah korang pergi duduk meja bawah pokok macam gambar kami tu. sebab banyak bom atom. Najis Burung. mula kena atas meja okeylah. enjakkan meja sikit kata tuan kedai. sekali bila dah termasuk dalam pinggan roti canai mak jawabnya pindah masuk dekat bahagian dala. bab tempat duduk jangan risau kedai ni dia conquer luas hahah..abis kedai-kedai sebelah semua die letak meja.

aadim dah tak larat layan mak bapak die yang kuat selfie ni kihkih

balik dari makan malam yang lain semua balik rumah sebab ahdaf tidur. kami bertiga as usual kaki nyongket kata orang perak. kami bertiga ke area Bandar Hilir untuk beli sikit cenderahati. lepas membeli bonda memang dah tergoda sangat lah u olss dengan beca ni. teringin.. last naik beca masa pergi kelantan. zman sekolah rendah rasanya kot. tidak pun zaman awal secondary school dulu. maka dengan itu redhakan diri membayar RM25 untuk naik beca. bab harga tak nak comment. korang nilai sendiri ye.

 nampaknya bukan bonda je excited Aadim pun sama hikhik

mau nya tak tegoda kan.
banyak lagi character cartoon. transformers pun ado okey.pilih mana nak selagi available
harga standard. harga terkawal ye

mulanya kami nak naik minion sebab aadim suka minion. tapi tak ad yang available. nak tunggu takut la lambat kan. so oke jelah. memang fav bonda lah kan Kitty haha.
redha je ye anak dan bapak layan Kitty. tak pelah Aadim kan muka jambu😜



mengikut kata abam beca. total modal die buat semua ni die habis RM7k. boleh beli Kancil second weiii.tapi dalam masa sebulan dah boleh balik modal. jangan pandang rendah ye pada Abang Beca. sbeulan income RM7K - Rm20k taw u olsssssss. dalam masa 6 tahun dia bawak beca. dia dah beli 2 Buah rumah dan 1 kereta honda Civic CASH!!!! hambik ko. rasa nak suruh ikhwan beretnti kerja bawak beca je haahhahahaha. jangan pandang hina kepada pekerjaan yang kita nampak macam tak smart. naik beca ni die bawak pusing adalah 10-15minit. hehe RM25.. 

esoknya, lepas breakfast makanan yang walid and atok pergi tapau, kitorang untuk balik sebab atok nak bawak ke Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang Port Dickson. sebelum balik kami singgah area Rumah Merah. Tapi time ni atok and nenda tak turun. malas katanya nak bergambor hehe


 ni rasanay port wajib la kalau orang datang melaka sure bergambar

ahdaf pun dah malas nak melayan hahah

tidur pun mampu nak

 nilah terjadi bila bestfriend jadi biras. yes diorang berdua ni bestfriend satu sekolah. sanggup angkut anak tengah panas bergambor kat roundbout..nasib anak korang lelaki..

 ni memang saja la tu sabotaj





byeee habis sudah percutian di melaka. nanti bonda sambung lawatan ke Pusat Ikan Hiasan teluk Kemang Port Dickson. dah naik kematu jari iolss menaip ni ha.



#JIA : Melaka Part 1

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like

My Google