Resipi Spagheti Aglio Olio Versi Atiqah Mutaza

Thursday, January 03, 2013



hye everyone.. ha ada beberapa orang yg request utk dapatkan resipi spaghetti iqa semalam. sbenarnya ia adalah base resipi Aglio Olio...iqa dah lama teringin sangat nak makan algio olio tapi nye kat kedai semua orang eltak seafood esp udang.. but iqa tak boleh makan udang..and i love pasta.. so kebetulan terjumpa basic resipi kat google.. and iqa olah resipi ni balik ikut tekak selera iqa..

ok let me share

ingredients

Spaghetti

Bawang Putih - iqa just tumbuk2 sikit dengan lesung batu.sebab rasa and aroma dia lagi timbul
Bawang Merah - hiris halus

Cili Kering di potong serong secara halus / kalau ada cili flakes lagi bagus
iqa rendamkan supaya kepedasan die tak melampau.and yeah berjaya buat rasa pedas dia mcm 1shot je.nice..
 
Ayam
Ikan Bilis

Sayur-sayuran. ni tak kesah sayur ape pun.


Olive oil
Serbuk lada hitam
Garam

Cara masak : sayur and spaghetti
  1. Rebus spaghetti dengan seulas bawang putih. dah cukup lembut,(jangan terlalu lembut) angkat dan masukkan kedalam air suhu bilik supaya ianya tak melekat antara satu sama lain.
  2. untuk sayur, iqa rebuskn je dengan sedikit bawang merah n sikit je garam. iqa tak nak gorangkan sekali kerana nak jaga qualiti nutrient dalam sayur. and rebus pun sekejap je ye

Cara masak Spaghetti

  1. panaskan minyak. sikit je ye. macam kat ats ni..kalau boleh kurangkan lgi bagus.. guna Non stick pan supaya senang tak melekat.. and minyak pn tak perlu banyak
  2. tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan. sampai naik bau.
  3. masukkan cili kering. Tos dulu air. jangan masukkan air rendaman tu sekali ye. tumiskan sehingga naik bau
  4. masukkan ikan bilis. sehingga kekuningan sikit. masukkan ikan bilis dulu kerana nak bagi rasa ikan bilis tu  lebih terasa
  5. Masukkan pula ayam.
  6. masukkan serbuk lada hitam dan sedikit garam
  7. Setelah ayam masak sempurna masukkan spaghetti. dan gaul rata.
  8. Hidangkan bersama dengan sayur rebusan tadi di atas spaghetti.
  9. ok siap!!!!

senang je kan.. ikhwan yang tak suke pasta pun dah mula giler kan resipi ni..haha sebab rasanya agak tenang. dia tak heavy dari segi rasa.pedas dia pun sesuai untuk kanak-kanak. iqa buat ni agak kering.. sebab nak jaga kandungan minyak..klu anda pandai olah..olah lah lagi ye hehehe.. selamat mencuba

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like