Resepi : Makaroni Bakar

Monday, June 10, 2013

Bismillah.. 

Owwwhhh u olllsss lama tak celotehh kan.. Iqa pun barudr short vacation.. Ke johor.. Taw jelahkn klu johor g mana.. Nnt iqa story.. Ni iqa nak bayar utang untuk kawan2 yang ade tanya pasal resepi makaroni bakar iqa tu.. So here u are..

       

Bahan-bahan

200g makaroni
3ulas bawang putih (diketuk)
1 ulas bawang besar (dihiris)
Sedikit cili blender (kepedasan ikut masing2..tak nak pun tak pe)
2 sudu besar sos cili
1-2 sudu sos tiram (terpulang nak bubuh atau tak
2-3 sudu rempah kari daging (kalau nk gune rempah sup pun boleh.klu sup kne lebihkn sikit)
Daging cincang
Isi ayam
Lobak merah
Lada benggala
 (nak masuk sayur lain pun blh.cume kene sayur yang agak keras.. Sawi kobis tu x sesuai la kan)
Garam
Cheese
7-10biji telur
Bawang goreng, daun bawang dan daun sup sebagai hiasan

Cara-cara
1. Rebus makaroni hingga kembang dan lembut. Ambik la sikit rasa. Dah selesai. Toskan
Tips: untuk elak die melekat, sebaik saja kita toskan makaroni tu, terus siram makaroni dengan air masak suhu bilik
2. Dalam periuk or kuali lain, tumis bawang merah bawang putih.. Masukkan daging dan ayam.
3. Apabila ayam n daging sedikit empuk masukkan cili blender shingga naik minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram
4. Masukkan lobak merah dan lada benggala.
5. Masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air. Air sikit je..jangan terlebih..means bg rempah dalam keadaan sangat pekat.ada air nnt susah bakar.
6. Masukkan garam. Gaul dan tutup api
7. Last sekali masukkan makaroni tadi. Gaul rata.
8. Masukkan adunan kedalam bekas.rata kan bahagian atas.
9. Kemudian susun chese sehingga penuh permukaan.
10. Akhir sekali pecahkan telur dan pukul macam telur dadar, dan tuang atas makaroni. Pecah sikit2.. Telur ni cukup sehingga die penug di seleruh permukaan. Kuantiti telur tu terpulang pada kita.

                     
Yang bawah ni iqa tak letak chese ye kawan2.. Yang cair tu semua telur.. So pastikan telur anda penuhi ruang sampai macam ni ye

Panaskan oven 200cel selama 3-5 min.

Kemudian masukkan adunan dan bakar 200cel 10-15min.

Cara untuk tahu dah masak.ambik garfu or pisau cucuk di tengah..kalau pisau tu licin so dah siapla hehe..

Tabur bawang goreng, daun bawang dan daun sup..memang sedap makan dengan bawang goreng yummmyy
 
        
                                                     Ni yang dah siap di bakar dan dihias

        
                                       Ni yang telah dipotong.. Nak makan dgn cili sos pun boleh

So selamat mencuba..


Perhatian !!!! Mereka yang sedang lose weight sangat tak sesuaiiiiii.
Tapi elok untuk yang nak gain weight..


Pesanan penulis
Bagi mereka yang ingin langsing di hari raya cepat2 dapatkan promosi herbalife dengan contact 
0124006914 nak whatssapp pun boleh 

You Might Also Like

3 komen

  1. x boleh la tgk makanan.. emsti nk try..hehe..
    btw dear, jmput join ga sy.. leh tambah ramai kenalan.. http://belogzeera.blogspot.com/2013/06/giveaway-by-zeera-lily.html

    ReplyDelete
  2. hye awk..thanks singgah blog sy..sy follow sini...

    ReplyDelete
  3. sedapnye makaroni ni...penah try buat..tp tak jadi...

    ReplyDelete

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like