Pengalaman Bersalin Permata Hati Sulung : Part 1

Friday, November 20, 2015

alhamdulillah baby dah 3 bulan iqa pun dah start kerja balik dah. blog ada masalah sebelum ni.. lastnya iqa tukar je template blog iqa..abis cita.. sekarang putih suci je dah tak de beria nak color pink2..

post ni iqa nak share pengalamn iqa bersalin.. Allah bila nak recall balik nervousnuya la hai.. rasa nanges sebak pun ada.. tak sangka now im a bonda to a wonderful son..penantian yang agak lama.. akhirnya menjadi detik terindah kini.


29 Julai 2015 Rabu
iqa ada checkup untuk minggu ke 38. doc terus nak VE. tengok dah 2cm bukaan. mak aih ngeri weiii hahah..yelah duk bayang benda tu terbukak kan hehe. gynae die nak kurangkan risiko iqa kene czer. disebabkan iqa pernah operation 2kal ovarian cyst. dan dia ada cakap untuk kurangkan risiko cyst tumbuh balik antaranya bersalin normal. tak ingat kenapa.

31 Julai 2015 Jumaat
suddenly pagi rasa sakit semacam sakit bawah perut tapi lama.. tapi memang menderita la.. tapi iqa tak kek hospital sebabnya taw dia bukan frequent punya contraction. memang terdetik dalam hati dia falls contraction je. and rasa macam ade urine infection sebab sakit die tu iqa pernah rasa sebelum ni.hampir petang sakit pun ok. sampai lah ari sabtu pun ok

2 Ogos 2015 Ahad
pagio ni ada sakit yg serius iqa rse mcm ade lil contraction tapi timing die mcm x frequent and tak betul. mak dah terlalu risau sebab kes yang jumaat aritu kan jadi pergi la jgk labour room KPJ. cek la VE. tengok dah 3cm. tapi bila cek CTG tiada sebarang contraction. so nurse call my gynae. doc kata boleh je balik sebab iqa pun tak nak la bermastautin dekat hospital ttu utk kali kedua untuk pregnancy ni. owh ye nanti iqa story pasal iqa kene warded yang pertama tu ye. lepas ve keluar darah sebelum ni VE tak ada keluar darah. nurse kata normal.

3 Ogos 2015 Isnin
iqa masuk kerja. tapi time tu kitorang ada buat seminar dekat Hotel Casuarina@Meru Ipoh. semua terkejut tengok kemunculan iqa haha. sebab seminar ni dah start ari ahad and diorang tahu iqa dah ke hospital. so bila tengok iqa datang semua duk risau terutama bile tau dahada bukaan 3cm. hehehe.. hari ni ok je. tapi still bleeding.contraction ke sakit ke ape pun x ada.

4 Ogos 2015 Selasa 39 weeks 1 day
iqa masih bleeding. rasa macam tak sedap hati jugaklah. tanya ecah pasal bleeding ni. iqa masuk ofis macam biasa je. ecah suruh ke hospital sebab 3 hari bleeding tak stop. risaula kan even tak sakit. lepas lunch pergi hospital gi klinik doc je tak terus ke labour room. ikhwan pun sempat sampai n gynae iqa pun ada. elok dic buat VE katanya dh 3.5cm macam tu. doc kata pada ikhwan

"ready for delivery tomorrow?"
what?? tercengang mak buyung ni ha. ikhwan pun jadi blur macam iqa. doc kata baby dah engage. kirenya memang semuanya dah boleh deliver plus dah bleeding. and bleeding iqa tu bukan sebab VE tapi memang dah turun tanda jadi doc nak induce. nervous wei. terus suh mak masuk bilik doc dengar sekali apad doc cakap.. air mata iqa dh abis berjurai takut punya pasal hehe. Allah nervousnye. saat ditunggu dah makin dekat. xsampai 12jam je lagi dah nak bersalin. doc suh serah diri dekat labour room 8.30pagi esoknya. doc suruh balik die kata pergila shopping ke makan ke ape2 dulu tak perlu masuk ward. yahoo my gynae memang best hahaha..iqa dah jadi patient die selama 7tahun hehe.since 2nd operation.

iqa balik dengan penuh debar. sementara nak ke lift nak g parking  sempat la beli baby cot play mobile tu dekat lobby hotel. kebetulan ade org bukak kiosk jual barang baby. dapat 50% jadi rm35 je haruslah grab sebab murah.. gambar tweety and ade bola sepak plak tengah2.. sesuai la dengan lil hero tu. malanya iqa tuntut nak amkan nasi lemak bungkus, satay and kopi ais dekat depan Angsana Mall. nak jadikan cerita selalunya satay sini bukak lambat lhamdulillah satay arini bukak awal katanya sebab arini banyak stok tu yang pakcik ni bukak awal sikit.

sedapkannn.. nampak tu mak buyung yang pucat lesi takut punya pasal..tapi malam tu tido elok lena je. 


5 Ogos 2015 Rabu
iqa bangun pagi. breakfast shake herbalife as usual. g hospital. tapi waktu nak keluar rumah rasa semacam jugak lah.. sebab kita pergi kita tak sakit. ibarat kite nak pergi perang. yelah klu dah sakit tu memang kita akan rasa nak beranak secepatnya kan tapi bila nak bersalin tu adalah sesuatu yang kita taw bila memang lain rasanya.. inilah salah satu sebab  mengapa tarikh kematian itu dirahsiakan oleh Allah..iqa minx maaf siap2 kat suami n mak.. abah terus masuk kereta xsempat plak

8.30 am check in labour room diorang buat segala prosedur tukar baju segala. sempat minx dekat nurse nak jumpe abah kejap..abah masuk dalam jumpe iqa. dalam ni iqa sorg je yang ada. xde patient lain dah. and kat labour room hanya suami je boleh teman orang lain tak boleh ikut masuk dalam.siap bagi ubat untuk buang air besar semua.so semua setel

9.00 am start drip induce. hati berdebar sebab orang kata induce sakit.. berdebar tahap tak taw nak cakap la.. layankan main fon je sebab tak nak fikir.


sempat selfie kan hahaha..selfie pastu hantar kt mak abah yg tengah tunggu kat luar

10.10 am doc datang buat VE dah 4-5cm. so die pecahkan air ketuban. ha ni lagi nervous sebab orang ckp dh pecah ketuban akan cepat bukaan and confirm sakit. tapi alhamdulillah masih ok. elok je dah pecah ketuban iqa g toilet n pakai mternity pad nurse trus suh masuk labour room yang untuk bersalin.die ade beza. tadi baring dekat ruang menunggu ni baru masuk yang untuk bersalin punya.

doctor dah ready kan epidural if iqa perlukan. and for me i9qa ikut je mana-mana. iqa cakap dekat nurse if nurse rasa saya perlukan so cary on la.doctor bius pun ade je standby.

start dari ni dah tak usha jam sangat la. tapi dah bukak 8cm. ade la rasa sikit2 sakit time ni. kat CTG menunjukkan contraction sangat2 rendah. jadi nurse suruh iqa teran ble ade rasa contraction. 8cm iqa siap sempat selfie siap sembang-sembang. nurse pun risaulah..risaukan baby takut baby penat.

akibat dari iqa punya contraction rendah nurse tambah dose drip.. than barulah bukak 9cm..

dalam pkul 12 doc datang..doc tambah lagi jugak dose induce ni sebabnya contraction masih rendah tapi kepala baby dah betul-betul bawah.. haaaa selang berapa minit memang sakit gilerrrrr.. time tu gedik nak mintak epidural.. doc check dh 10cm dah memang nak bersalin..huaaa memang macam sembelit [unya sakit tapi berpuluh kali gandaaaaaa..kepala baby dah nampak tapi memang dah tak boleh push doc terpaksa vacuum kejap

alhamdulillah 12.13pm lahirlah putera hati kami...

elok baby keluar terus diletakkan atas dada iqa..terus baby senyap tak nanges.die rse comfort.. pertama yang iqa nampak is baby banyak bulu hahah.. baby tak lama dengan iqa sebab baby kesejukan. dah nampak die kesejukan sangat nurse bawak ke warmer.sempat tanya doctor baby ok ke semua..doc cakap kepala die lebih besar dari biasa tu  bab jahit tu ok memang iqa sakitttttt even dah bg ubat tahan sakit and dose die melebihi normal tapi masih sakit. dimaklumkan oleh doctor iqa ada masalah threshold yang rendah terhadap sesuatu kesakitan. maksudnye ade certain kesakitan yang badan iqa xtahan. daya tahan sakit yang rendah terhadap sesuatu kesakitan. time jahit memang sedut laughing gas agak banyak sampai hampir lalok jugak lah kan.bila nurse nk buat skin to sjkin tak dapat buat lama sebab iqa xdapat hold baby  lama-lam sebab dah mamai kan..

kemudian iqa dipindahkan ke katil ward dan baby diletakkan tepi iqa and ditolak ke ward. time ni badan x selesa sebab bdn tadi berpeluh exited nak mandi haah tp kene marah sebab tak boleh.. nurse dtg nk minx iqa susukan baby. struglle sgt sebab puting pendek. and baby pun susah nak latch..oklah bab ni iqa sambung kemudian ekh.. dah panjang sangat ni haaa.. nanti korang bosan plak dah

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like