Dapur Iqawan : Gulai Lemak Ayam Cili Api

Tuesday, January 14, 2014

Salam maulidur rasul untuk semua readers.. Hari yang bermakna buat kita seluruh umat islam.. Hari dimana lahirnye seorang bayi lelaki yang menjadi sanjungan kita semua.. Marilah banyakkan berselewat kerana dalam satu hadith nabi berkata


 "Mereka yang paling dekat padaku di padang mahsyar, adalah mereka yang sering berselawat kepada ku"

Ok kali ni a short update iqa nak share sikit resipi... Ya la U olss i olss kan suri rumah tangga.. Maka hobi i olss adalah memasak.. Iqa punye resipi tak la hot mana pun..tp oklah boleh simpan resipi ni utk anak cucu akan datang..... 

Hari ni sempena cuti iqa masak lauk favourite iqa n ikhwan.. Masak lomak ayam cili api haaa memang berasap baq hanggggggg.. 


                         
   

Bahan-bahan
5-6 ekor ayam saiz sederhana
2 biji ubi kentang sederhana
1 batang serai diketuk
2 keping asam keping
3/4 santan kotak M&S (kotak kecil) (kepekatan ikut selera)
Air
Serbuk kunyit
Garam
Gula 

Bahan kisar (bubuh sedikit air ketika blend)
1 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
9-11 biji cili api (ikut suka tahap kepedasan)
1 cm halia


Cara Masakan
1. Masukkan bahan kisar, serai, 1cawan air  dan ubi kentang.
2. Setelah ubi kentang mula lembut masukkan ayam. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan santan. Apabila dah mendidih masukkan asam keping. Jika rasa terlalu pekat boleh tambah air.. Kuantiti air dan santan terpulang pada selera masing-masing. Masukkan serbuk kunyit sedikit sehingga kuah menjadi kuning.
4. Garam dan gula. Gula berfungsi untuk menyeimbangkan rasa dan mengawal kepedasan.
5. Siapp


Maaf ekh iqa ni memang tak reti nak guide elok2. Actually pakai campak je bile iqa masak.. Ikut je instinct masing-masing.. Janji sodappppp.. Selamat mencuba..


Nak gi minum aloe and teamix herbalife.detox balik weiiii

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like