Pengalaman Dan Tips Ke Baby Fair

Tuesday, June 02, 2015

sebagai bakal ibu, iqa sure ramai ibu yang excited untuk ke baby fair rite.. iqa sendiri merasa dan alhamdulillah berkesempatan pergi ke dua expo baby.. satu di Mid Valley KL n another 1 Dewan PHL Ipoh. kedua-dua nya ade perbezaan yang agak ketara jugak la

Pengalaman Baby Fair Mid Valley
pada mulenya bila dapat tahu ipoh pun akan diadakan baby expo iqa n ikhwan decide not to go yang KL punya. but last minit dapat tahu family ikhwan ada wedding dekat sana so sekali gamble jelah pergi. bertolak pagi dari ipoh terus shoot ke MID.. alhamdulillah puas hati.. iqa pergi time ni, preparation iqa untuk barang baby br ade tak sampai 20%.. jadi bila dekat sini iqa beli habis-habisan ape yang iqa tak ada lagi.. puas sangat la balik dengan semua kelengkapan hampuir 90% la setel dekat sini sahaja

dekat sini lengkap dengan segala jenis brand baby n nursing equipments yang ibu mand bakal ibu perlukan. tinggal korang nak pilih aje ape yang korang nak beli and ape yang korang perlukan. standard brand macam Johnson Baby, Pureen,NUK, Avent, Autumnz semua adalah yang memang didatangkan dari company diorang sendiri dan bukan dari instashop or normal baby shop. dan untuk normal stuff macam baju rompers memang semuanya ade disni..dari segi free gift pun best.

dari segi harga, ada yang memang best sangat-sangat offer nya dan ada tu beza seringgit 2ringgit je. tapi oklah dah datang tu rembat jelah kan. still boleh la jimat even seringgit hehehe..

pantang nampak kerusi sure nak duduk letih weiiii hahaha

ni time dah nak balik memang muka tahap letih sangat..
berjalan sampai lupe nak lunch last2 lunch pun lambat..
neway ni my Mother In Law.. Ibu


Pengalaman Baby Expo Dewan PHL Ipoh
Bersyukur sangat-sangat sebab dapat pergi yang dekat MID.. sebabnya yangkat ipoh ni tak banyak brand banyak yang ala-ala on9 shop biasa je u olss. memang macam xde apa sangat la. cume baju banyak la. Bawak mak and adik sekali time tu.. hehe mak duk borong baju cucu die punya la banyak sampai umur setahun lebih mak belikan hehe.. biasa 1st cucu mula la excited kan..

hakikatnya dua-dua expo iqa tak ambik gambar melainkan yang kat atas tu. sebab tak larat n jenuh nak jaga perut dengan orang yang ramai tu.


Tips Ke Baby Fair

  1. Siapkan checklist barang yang korang nak beli sehari sebelum pergi. kalau dapat survey kat FB penganjur barang ape yang offer kt expo tu lagi bagus. and survey vendor yang terlibat tengok siap-siap barang ape yang diorang ada.
  2. sebelum keluar rumah pagi tu sapu minyak di kaki siap-siap untuk mengelakkan bengkak kaki dan lenguh kaki. its work for me. 
  3. elakkan lah pergi time dah terlalu sarat sebab ramai sangat manusia di sana. time 2nd trim tu kira ok nak pergi masuk 3rd korang akan cepat rimas bila jenuh nak redah lautan manusia
  4. bawak recycle shopping bag. iqa lupe nak bawak tapi nasib lah kat sana bile beli ade yang bagi so gabung dalam tu je. sebab kalau korang merendet dengan bag plastik kecik-kecik tu, kebarangkalian untuk tercicir barang adalah tinggi
  5. bawak cash secukupnya. sebab ade kemungkinan line card credit and debit ada masalah sebab ramai sangat orang, and even kaunter bayar cash lebih laju.
  6. kalau masih dalam keadaan tak decide brand mana korang nak bekli survey dlu sampai semua jalan dulu tengok puas-puas akhirnya baru decide. terutama yang rompers set ni. sebab harga diorang lain. ada yang murah. tapi kalau contoh dah decide memang nak beli Botol Susu jenama NUK. dah nampak tu beli jelah.
  7. untuk ibu yang bawak anak, bawaklah stroller yang kecil tak pun baby carrier. carrier lagi mudah sebab sempit ramai sangat orang.
  8. bawak snack siap-siap sebab bila banyak berjalan sure korang lapar. cume bagus nya di Mid ni tepi tu food court blh keluar je kt tepi dewan tu boleh je korang gi makan dlu kejap. tapi kalau dah jenis iqa ni, better perabis dulu baru stop hehe. sebab katalah ada benda yang masih dalam pertimbangan patut beli ke tak, so time makan boleh pikir. yes memang lepas makan iqa n ikhwan masuk kejap pergi beli barang yang sedang dipikirkan tu ahaha. memang nasib iqa baik sebab ikhwan jenis sporting bab melayan isteri shopping tak kisah barang ape pun. 

hurm rasanya takat tu jelah kot.. harap membantu korang jugak lah ye..no im 30w wehuuuuuuuuuuu





You Might Also Like

3 komen

  1. Good info..UA blogwalking di sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. @Ummul Azkee wah banyak betul tu giveaway..tq UA

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan semua ye iqa. Moga dedua selamat. Hihi

    ReplyDelete

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like