Kalau Dah Rezeki..Alhmadulillah

Friday, June 26, 2015


Anakanda permata hati bonda dan walid..

waktu dalam gambar ni bonda dan walid tak tahu yang awak dah ada dalam kandungan bonda waktu gambar ni awak dalam 1minggu lebih dalam kandungan.. bonda bertugas dekat MAHA 2015 jaga Pavilion negeri Perak selama 2minggu. ni walid ada sebab setiap hujung minggu walid akan datang teman bonda kat sana. kebetulan plak bonda duduk bilik hotel sorang-sorang. so senang la walid datang and rest kat sana.. bonda dapat Everly hotel kat putrajaya tapi even walid ada, ujung minggu memang bonda kerja dari pagi sampai malam. walid datang ke putrajaya ade sekali naik train tapi lepas tu rezeki walid dapat tumpang atok (abah bonda) untuk balik ipoh and untuk datang balik ke putrajaya.kira walid gigih gak lah datang tengok bonda kat sana every week.

walid datang tapak MAHA pun lepas die dah cukup rest kat hotel.pagi2 dapat lah bonda and walid breakfast sama-sama..hehe free kan hahaha..

 hakikatnya walid tak mandi pun lagi ye time ni hahahah
dia akan sambung tdo bile bonda gi keje kat tapak MAHA

kat sini agak pelik almost everyday bonda makan telur separuh masak. sedangkan bonda buka suka telur pun..
rupanya awak yang suka telur. sebabnya sampai la sekarang awak memang suka makan telur. bonda memang kerap makan telur time pregnant. sedangkan bonda bukan suka sangat pun. cume dulu kecik-kecik memang bonda suke sgt telur la.skrg tak hehe


sepanjang bonda tugas kat sana memang Allah sangat melindungi awak wahai sayangku.. memang Allah nak kurniakan awak buat kami. sebab nye sepanjang kat sana tu bonda kerja pagi ke malam hampir setiap hari. memang keletihan kritikal. angkat kotak fillet ikan tilapia berat 5kg. (sedangkan orang cakap nk try pregnant or baru pregnant tak leh angkat berat sebab takut blh jatuh kantung ke ape).. memang penat kat sana. sampai ada satu masa bonda balik malam tu sampai muntah pening weak sangat. nasib time tu weekend walid ade. walid la bawak bonda mandi bawak bonda ke katil semua. kalau tak xtaw la. memang atok ada tapi segan kottttt.. alhamdulillah awak selamat sayang ku.

memang bonda tak expect yang bonda mengandung..sebab dah kerja berat n bdn letih sangat.. 
tapi dalam masa sama ade ramai yang tegur cakap bonda macam pregnant.. rupenya betul la segala keletihan, alahan bau pekasam makan pekasam alahan makan tempoyak tu semua dari awak sayang.. memang awak tak suke tempoyak and pekasam. sedangkan tu semua favourite bonda kottttt.. dah berbulan bonda tak makan tawww hehe..

ni yang terjadi bile bonda kembali ke zaman kanak-kanak duk ralit main puzel sampai member semua gelak. bonda kecik2 memang suka main puzzle taw.. atok suka belikan. nanti bonda main dengan baby plak k.


hari ahad hari penutup Maha Bonda pergi ke shah alam cik at punye convo. and malam nye tu dinner indonesian food dekat kedai Jovian MandagieROA by Jovian Mandagi. quite impress sebab bonda makan banyak sedangkan bonda bukanlah jenis yang suke sangat indonesians food accept ayam penyet tu memang suke sgt la hehehe..rupenya anak bonda ada dalam perut tu yang banyak makan tu hehehehe

congrats cik at



esoknya hari isnin bonda balik ke ipoh bonda balik dengan toka and opah ibu n walid.. atok dah balik ade keje dekat putrajaya. dan hari selasa berikutnyalah detik bonda tahu yang baby dah ade dengan bonda.. bonda dah tulis cerita tentang macam mana bonda tahu kehadiran awak dekat entry ni Anugerah Ilahi

kalau dah reeki memang tak kemana.. alhamdulillah.. Terima kasih Atas kurnia Mu ya Allah.. Baby moga baby terus membesar dengan sihat.. awak harapan pertama bonda dan walid.. waktu awak baca ni awak dah besar..ketahuilah awak terlalu bernilai buat kami..


p.s : harap lepas bersalin dapat lah badan macam kat atas tu balik... =)

You Might Also Like

0 komen

sangat menghargai anda yang tinggalkan tapak tangan disini

Love & Like